Pengeboman Metro Moscow 2010
Pengeboman Metro Moscow 2010

Pengeboman Metro Moscow 2010

Pengeboman Metro Moscow 2010 merupakan pengeboman berani mati yang dilakukan dua wanita ketika waktu sibuk pagi 29 Mac 2010, di dua stesen Metro Moscow (Lubyanka dan Park Kultury), dengan jarah 40 minit di antara keduanya.[5] Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 100 lagi cedera.[2]Siasatan awal mendapati bahawa pengeboman ini didalangi oleh pejuang pemisahan Chechnya.[6] Para pegawai Rusia menyifatkan kejadian ini sebagai "serangan pengganas yang paling mengancam dan tercanggih di ibu kota Rusia dalam masa enam tahun",[7] iaitu menyentuh peristiwa pengeboman di Avtozavodskaya dan Rizhskaya pada tahun 2004.Pada 31 Mac, pemimpin pemberontak Chechen Doku Umarov mengaku bertanggungjawab kerana mengarahkan serangan itu sendiri dalam kenyataan video di Internet. Katanya, serangan di Rusia bakal berterusan.[8]Kira-kira 48 jam selepas pengeboman Metro Moscow, berlakunya dua lagi pengeboman berani mati di Republik Caucasus Dagestan yang meragut nyawa ketua polis bandar orang ramai. Russia mendakwa ada kaitan antara kedua-dua peristiwa pengeboman di Moscow dan Dagestan.[9]

Rujukan

WikiPedia: Pengeboman Metro Moscow 2010 http://www.panorama.am/en/society/2010/03/29/sargs... http://cnews.canoe.ca/CNEWS/Politics/2010/03/29/13... http://www.eltiempo.com/mundo/europa/atentados-en-... http://www.haaretz.com/hasen/spages/1159867.html http://www.interfax.com/newsinf.asp?id=154730 http://www.latimes.com/la-fg-moscow-blast29-2010ma... http://www.msnbc.msn.com/id/36077879/ns/world_news... http://www.newsday.com/long-island/mta-nypd-beef-u... http://www.nytimes.com/2010/03/30/world/europe/30m... http://www.prime-tass.com/news/show.asp?topicid=50...